Percutian di Pulau Tioman ni pada tahun 2009 yang lalu. Masa tu Amani belum lahir lagi. Kami menaiki feri yang bayarannya kalau tak silap rm36.00 seorang. Setelah menghubungi Pusat Pelancongan Pahang, aku menempah bilik di Chalet Bamboo Hill, semalam rm70. Pemandangan dari atas bilik sangat cantik, bilik kecil saja tetapi boleh lah...Bamboo Hill ni terletak di Kampung ABC, kalau tak silap jeti persinggahan yang ketiga di Pulau Tioman.
Satu yang amat mengecewakan di sini ialah jualan minuman keras yang begitu banyak dan berleluasa. Dah rasa macam ada di luar negara kerana bangsa sendiri yang menjualnya. Pelancong yang datang tentu nak rasa budaya dan makanan Malaysia, bukannya perlu kita hidangkan dengan makanan serta minuman yang sudah berlambak di negara mereka.
Dari segi makanan pula, di pulau Tioman ni, makanan tersangat lah mahal. Mungkin kerana kedudukan pulau ini jauh dari daratan, jadi makanan menjadi sangat mahal. Tips untuk ke sini, jika percutian bajet, bawalah makanan segera sebagai bekal. Kami bawa maggie dan minuman 3 in 1. Kalau nak membeli-belah pun agak mahal. Cari saja t-shirt, key chain atau cenderamata yang sama di Jeti Mersing. Harganya jauh lagi murah daripada membeli di Pulau Tioman.
Apapun...Pulau Tioman antara pulau yang cantik, tak rugi rasanya pergi ke sana. Semasa di Marine Bay, dapat tengok ikan-ikan di dasar laut yang cantik tu...
No comments:
Post a Comment