Balik dari Fraser Hill, kami singgah ke Glory Beach Resort di Port Dickson. Anakku Nabilah bersungguh-sungguh sangat nak bermain air, mandi laut dan membina istana pasir. Selagi tak dibawa, tak henti-henti bercerita pasal laut dan pasir. Jadi kami pun singgah lah ke PD. Melalui Agoda.com juga, aku menempah penginapan di sini. Mungkin sebab bukan 'peak season' penginapan apartment 2 bilik hanya rm233 sahaja. Alhamdulillah, masih dalam kemampuan. Sarapan pula untuk 3 orang dewasa, jadi cuma top up bayaran untuk 2 orang anak yang bayarannya rm12 setiap orang. Keseluruhannya aku beri 7.5 kut untuk Glory Beach Resort ni...
Pemandangan dari balkoni tingkat 3
Mula-mula dapat ground floor, mujur juga dapat tukar apartment. Rasa kurang selamat jika di ground floor kerana pintu sliding tu tidak berkunci. Nak keluar bilik je tak kan nak berangkut semua barang-barang berharga. Mujurlah staf di Glory Beach Resort ini agak mesra pelanggan. Dengan senang hati kami ditukarkan ke tingkat 3. Mungkin juga sebab banyak bilik kosong, jadi tak ada masalah lah nak beri bilik lain. Melihatkan kolam renangnya yang sangat sesuai untuk kanak-kanak, Nabilah yang begitu teruja nak ke pantai bermain pasir, dah terlupa agaknya tatkala ternampak kolam besar tu. Pagi petang budak-budak turun ke kolam bermandi-manda. Sekejap saja dia ke pantai bermain pasir. Lepas jugalah keinginannya... Masa ke Pangkor awal tahun hari tu, puas dah bermain pasir di pantai.
No comments:
Post a Comment